Friday, July 30, 2010

Gaharu @ 20100731

Perfumes mula dikesan digunakan sejak 4000 tahun dahulu lagi di zaman Mesopotamia dan diikuti pula oleh Egyptian, tetapi Arabian yang pertama menghasilkan minyak wangi dari ‘petal Rose’, ia bukan sahaja digunakan sebagai minyak wangi tetapi juga sebagai ubat.
Gaharu juga dikenali sebagai karas, depu bagi sesetengah nama tempatan, ia juga dikenali ditimur tengah sebagai ‘Oud’ (Agarwood), nama saintifik ‘Aquilaria malaccensis’, ‘Aqualaria crassna’ merupakan yang paling selalu digunakan. Gaharu dikesan digunakan lebih 2000 tahun dahulu lagi.

Gaharu kelas pertama (superior grade) boleh mencecah sehingga $25,000 USD/Liter atauRM 90,000 / Liter. Gaharu sangat terkenal dengan ‘Aromatherapi’ dan sudah digunakan sekian lama lagi dengan “Note bau” yang tertentu ia dapat menenangkan minda dan melegakan ‘Stress’. Kita mungkin terpikir bahawa gaharu digunakan secara meluas oleh orang Arab, tetapi pengguna terbesar didunia adalah dari Jepun. Ia banyak digunakan dalam acara-acara keagamaan dan kerohanian.

Bagi masyarakat Arab minyak wangi gaharu merupakan bau-bauan bagi golongan bangsawan pada asalnya dan kayu ‘Oud’ juga diasapkan ke badan bagi mendapatkan baunya.

No comments:

Post a Comment