Tuesday, July 27, 2010

Gaharu atau Karas sama sahaja. Di Kelantan pokok ini dikenali sebagai depu. Gaharu adalah bahagian yang mengeluarkan bauan. Bauan wangi akan terhasil bila resin pokok ini dibakar. Minyak gaharu pula terhasil dari proses penyulingan.

Ramai penonton Buletin Utama TV3 pada 3 hb Julai yang lalu terbelik mata bila berita TV3 menunjukkan Jabatan Perhutanan Pahang menyinta kilang memproses gaharu yang tidak berlesen. Banyaknya stok kayu macam curi kayu dari hutan simpan je!. Patut juga buat begitu kerana penyanggak khazanah Negara ini tidak harus dibiarkan berleluasa.

Apa yang mengejutkan banyak pihak bila pemberita menyebut bahawa harga 1 liter minyak gaharu adalah RM85,000.00. Manakala harga teras gaharu adalah RM26,000.00/kg. Kalau macam tu kayalah penanam gaharu nanti. Pastinya penanaman gaharu tidak memerlukan tanah yang luas. Ada tanah satu ekar dua dah mencukupi. Jika menggunakan kaedah penanaman orang tamak kita boleh tanam 1000 pokok dalam satu ekar. Bermakna 2 ekar boleh tanam 2000 pokok, jika jarak penanamn 6’ X 6’. diamalkan.

Jika mengambil kira fakta yang saya perolehi dari Vietnam, untuk menghasilkan 1 liter minyak gaharu boleh diproses daripada 20 batang pokok karas. Ini bermakna nilai 20 batang pokok ialah RM85K. Dengan itu harga purata bagi 1 pokok ialah RM4,250.00. Oleh itu jika anda menanam 1000 pokok dalam satu ekar bermakna nilai 1 ekar tanah ialah RM4.25 juta. Hee hee kaya aku !.. kalau macam tu boleh berangan sakanlah …. lima , enam tahun akan datang. Insya Allah!..akan jadi jutawan. Tetapi jika kita tidak membuat perancangan bila masa kita boleh berimpian untuk jadi jutawan. Jadi ke tidak tu lain kira. Biarlah berangan- angan dulu macam Mat Jening katakan . Tetapi perlu di ingat bahawa Mat Jening dahulu berangan sahaja tak buat apa-apa pelan perancangan.

Bukan sahaja membuat pelan perancangan, malah kena buat pelan perancangan strategik untuk membina empayar perniagaan keluarga. Pendidikan anak-anak juga harus ditujukan kearah menjayakan perancangan strategik ini. Salah seorang anak harus dihantar untuk belajar dalam bidang bio industri dan seorang belajar dalam bidang agama untuk berkemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab, kerana target pasaran gaharu adalah Timur Tengah. Kata orang biarlah impian menjadi realiti. Barulah tidak jadi seperti angan-angan Mat Jening. Jatuh pokok kelapa kerana berangan khawain dengan anak raja. Mati dahulu belum petik kelapa pun. Dalam mengejar impian ini biarlah sasaran kita untuk menakluk dunia. Jika kita kehutan untuk memburu, sasarannya biarlah bintang-bintang dilangit. Jika senapang kita tidak mampu mencapai bintang dilangit, biarlah sasaran kita adalah pucuk pokok hutan yang paling tinggi. Wallahhualam..hanya Allah yang maha mengetahui.

Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar dan Vietnam, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi - agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6′x6′ atau 10′x10′ menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 - RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

c & paste dari www.jahaniwalit.com


No comments:

Post a Comment