Tuesday, July 27, 2010

YSL no 7

Secara amnya cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam mengemaskini peraturan penebangan gaharu yang lebih efektif dan lestari didalam Hutan Asli. Selain daripada itu, pengetahuan yang minima dalam penghasilan gaharu secara bio teknologi masih lagi dalam perengkat kajian.

Kajian secara Saintifik berhubung dengan Industri kayu gaharu masih baru dan pengalaman pengusaha tanaman gaharu di Malaysia dalam perengkat percubaan dan pemerhatian hasil tanaman pokok yang ditanam.

Pokok karas yang juga dikenali sebagai pokok depu atau chandan adalah dari famili Thymelaeaceae dan terdapat lebih daripada 20 spesis yang berkaitan dengan genus Aquilaria ini. Di Malaysia terdapat lima (5) spesis utama iaitu A. malaccensis (gaharu. karas atau depu). A. microcarpa(garu), A. hirta(candan), A. rostrata dan A beccariana (gaharu tanduk). Tidak ada rekod kejayaan penanaman secara ladang yang menghasilkan Resin gaharu dengan terknik mikrobiologi di Malaysia. Antara spesis-spesis Aquilaria yang terdapat di negara lain adalah A. crassna (Indochina) dan A. sinensis (China Selatan atau Taiwan),A, Sub Integra dari Thailand dan Kemboja manakala spesis A. agallocha Roxb (India dan Vietnam) adalah yang terbukti mampu menghasilkan gaharu bermutu tinggi salepas di inokulasi secara bioteknologi di ladang.

Gaharu digunakan terutamanya sebagai minyak wangi dan minyak asas bagi penyediaan wangian terbitan. Kayu gaharu yang dibakar mengeluarkan asap wangian yang digunakan dalam majlis kebudayaan dan keagamaan. Terdapat syarikat pengeluar minyak wangian terkenal telah menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian iaitu YSL no. 7. Gaharu juga telah digunakan dalam bidang Perubatan dan Famasutikal serta Industri Kosmetik.

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dimana nilai kayunya boleh mencapai sehingga RM15,000.00/kg manakala nilai minyaknya boleh mencecah RM50,000.00/liters. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta,.


No comments:

Post a Comment