Tuesday, July 27, 2010

Gaharu.

Mengikut Mr. Chet berdasarkan Pengalaman syarikat Do Bau Huong, Vietnam mendapati spesis A. agallocha Roxb merupakan spesis gaharu yang paling mendapat tempat dengan nilai komersil yang paling tinggi dengan kelas minyak gaharu yang terbaik dikalangan spesisnya yang lain.

Gaharu iaitu damar yang terhasil dari pokok Karas, mempunyai harga yang begitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 per kg untuk damar gaharu gred super dan RM50,000 seliter bagi minyak gaharu.

Sebelum ini, semua hasil gaharu ini dituai dari hutan semulajadi dan kini, pokok karas semakin diancam kepupusan manakala permintaan terhadapnya semakin bertambah. Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi menjadi negara pengeksport gaharu yang mempunyai nilai yang begitu tinggi dan permintaannya yang amat besar ke negara-negara Timur Tengah,Taiwan, Jepun dan sebagainya.

Kita patut menoleh ke negara jiran seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam, dimana mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan gaharu ini.

Kekurangan maklumat yang tepat dan modal asas yang tinggi untuk membuat ladang gaharu menyebabkannya kurang diminati. Manakala agensi agensi kerajaan pula masih lagi dalam perengkat kajian dan percubaan. Penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi swasta yang ada di beberapa tempat di negara kita. Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan juga giat dijalankan. Namun, kejayaannya masih dalam peringkat awal.

No comments:

Post a Comment